Sumber Terbuka Dot Net

Kipas Susah Mati Sumber Terbuka

36webdev

Pertandingan 36-Jam OSS WebDev

| 8 Comments

Sedikit latar belakang:

Pada 4 dan 5 November 2009, telahpun berjaya mengajurkan pentandingan 24 jam pembangunan aplikasi web, dengan konjungsi bersama konferen OSS MyGOSSCON 2009 yand diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Pertandingan ini telah menarik minat 25 kumpulan yang terdiri dari 104 pembangun. Lapan kumpulan dari 35 pembangun telah disenarai pendek untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sebenar di PICC. Pemenang bagi pertandingan 24 jam pembangunan aplikasi web ialah Bitfluent.

Pada tahun ini, OSCC MAMPU akan memecahkan rekod mereka sendiri dengan menganjurkan pertandingan 36 jam pembangunan aplikasi web dengan konjungsi MyGOSSCON 2010. Kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini akan diperakui sebagai pencipta rekod Malaysia Book of Records sebagai “Longest OSS Programming Event”

Penganjur pertandingan:

OSCC MAMPU merupakan satu-satunya penganjur untuk pertandingan ini.

Tujuan utama pertandingan:

Mempromosikan pembangunan aplikasi web bertaraf tinggi di dalam Malaysia

Membolehkan komuniti lokal pembangun laman web sumber terbuka membangun dan terkenal.

Menggalakkan pelajar untuk bersama dalam pembangunana aplikasi web dan bersedia dengan keperluan industri

Latihan tekanan kepada daya tahan manusia ketika bekerja dalam tempoh masa yang lama untuk membangunkan aplikasi baru

Jadual Pertandingan:

Aktiviti pertandingan ini bermula dari 8.30 malam pada hari Rabu, 6 Oktober 2010 dan berakhir pada 3.30 petang pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010. Pertandingan pengaturcaraan 36-jam ini akan dimulakan pada 10.00 malam hari Rabu tersebut dan berakhir pada 10.00 pagi hari Jumaat. Sesi pengenalan dan pembukaan sebelum pertandingan tersebut akan diakandan . Apila berakhirnya pertandingan, juga diadakan majlis penutup dan seterusnya sesi penghakiman kepada semua kumpulan peserta.

Lokasi Pertandingan:

Main Hall, Employees Provident Fund (EPF) Institute, Persiaran KWSP, 43000 Kajang, Selangor.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan syarat pertandingan dan lain-lain informasi, anda boleh layari laman web rasmi dibawah:

http://mygosscon.oscc.org.my/2010/36webdev

Selamat berjaya kepada semua peserta pertandingan!

Artikel Berkaitan


avatar

Author: ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......

8 Comments

  1. avatar

    Bagus juga pertandingan ni,siap iktiraf Malaysia Book of Records as the “Longest OSS Programming Event”.
    wazy recently posted..Berakhir Sudah Sebuah Penantian

  2. avatar

    kepada peserta semoga berjaya…hehe , aku nak masuk… memang gigit jari jela…
    zik recently posted..Komunikasi yang berkesan

  3. avatar

    wah menarik tu, ramai pro2 bertaraf antarabangsa kat Malaysia ni.. satu perkembangan yang baik…

  4. avatar

    biar betik kt kajang je. dkt la. hahaha. bgus jgk ronda2 tngok kn :P
    acapz recently posted..Blogger Memperkenalkan Komen Spam Filtering

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*


CommentLuv badge

Stop SOPA userping.com session tracker