WordPress akhirnya telah mengumumkan bahawa perisian blog mereka tidak lagi menyokong PHP 4 dan MySQL 4 selepas versi WordPress 3.1 yang bakal dilancarkan sekitar penghujung 2010. Untuk WordPress 3.2 pula, yang dijadualkan pada setengah tahun 2011, akan meletakkan keperluan minimum PHP hendaklah pada versi 5.2. Ini adalah disebabkan kebanyakkan pengguna WordPress menggunakan versi PHP 5.2 dan ia memberikan kemaskinian yang bagus berbanding versi sebelumnya. Ia juga merupakan keperluan minimum bagi aplkasi web sumber terbuka yang lain iaitu Drupal dan Joomla pada versi mereke yang akan datang, kedua-duanya bakal dikeluarkan pada penghujung tahun ini.
WordPress juga akan menggugurkan sokongan kepada MySQL 3 selepas versi 3.1 dilancarkan. Dikatana bahawa kurang dari 6 peratus penggunak WordPress melarikan MySQL 4 pada sistem mereka. Keperluan baru bagi WordpRess 3.2 ialah MySQL 5.0.15
Oleh itu, pengguna yang menggunakan versi yang lama, tidak boleh membuat kemaskinian kepada WordPress 3.2 sehingga mereka menaik taraf hosting mereka. Untuk melihat versi PHP dan MySQL yang pengguna ada, mereka boleh memasang satu plugin yang dinamakan Health Check Plugin bagi menyemak versi tersebut. Buat masa ini, plugin ini hanya menyatakan adakah anda bersedia untuk WordPress 3.2. Ia akan memberikan banyak maklumat berguna pada pengeluaran plugin yang akan datang.
Dengan pengumuman ini, semua pengguna WordPress diharap boleh bersedia lebih awal bagi memastikan sistem anda sentiasa berada pada tahap terbaik untuk kemaskinian dan mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Adakah ada sudah bersedia??


July 24, 2010 at 10:20 am
kena bersedia lebih awal nie… bro blog aku suspended (minggu depan baru clear). sila ke blogspot aku..hehe
July 26, 2010 at 9:41 am
@zik, bersedia awal lebih bagus
. kena settle cepat2 tu. nanti PR turun laks .
July 24, 2010 at 1:00 pm
adoih dah nak upgrade lagi..kekadang aku bosan juga dengan upgrade ni, sejak guna WP3 ni banyak betul guna memory, jadi kita pulak sebagai user kena drop plugin..apa ke hal
etomyam recently posted..KERTAS KERJA RINGKAS- PEMANSUHAN UPSR DAN PMR
July 26, 2010 at 9:43 am
@etomyam, hehe.. diorg suspect kita untuk upgrade kot… tapi sepatutnya lebih versi baru lebih ringan baru la bagus
July 25, 2010 at 1:33 am
ooh..ye ke..masa upgrade wp tu tak check pun, cuma plugin je ada yg problem..
sufian recently posted..Kaitan Processor- Front Side Bus- Clock Speed
July 26, 2010 at 9:44 am
@sufian, diaorg tak support mungkin dalam tahun depan. jadi ada masa nak check