Semasa membelek Internet, saya terbaca satu artikel yang telah dikeluarkan oleh Focus.com mengenai penggunaan Linux di jabatan-jabatan kerajaan, pendidikan serta swasta diseluruh dunia. Senarai tersebut menyatakan 50 organisasi besar yang menggunakan Linux sebagai platform mereka dalam menjalankan tugas harian. Apa yang menarik minat saya ialah ada organisasi penting menggunakan Linux disebabkan ia stabil dan memenuhi keperluan mereka.
Satu contoh dari senarai tersebut ialah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Mereka menggunakan Red Hat Linux untuk melarikan sistem mereka dan menggunakannya semasa operasi di Baghdad, Iraq. Diketahui juga armada laut mereka juga menggunakan sistem operasi Linux!
Selain itu Cisco juga terpaksa menggunakan Linux untuk syarikat mereka disebabkan masalah pencetak bersama Windows NT. Masalah yang kita semua hadapi semasa menggunakan Windows bersama peranti Cisco. Dan masih ramai pengguna membina infrastruktur IT dengan gabungan Cisco dan Windows. Pelik bukan?
Keseluruhan kerajaan Sepanyol telahpun menggunakan Linux sebagai sistem operasi mereka. Sepanyol telahpun menjadi penyokong utama dan pengguna Linux dari sudut kerajaan persekutuan mereka. Semenjak tahun 2002, mereka telah membuat penyesuaian distro Linux yang dinamakan LinEX berasaskan Debian dan GNOME sebagai persekitaran desktop. Kerajaan Sepanyol juga telah memberikan CD kepada hampir semua peluang yang ada – pejabat kerajaan, edaran majalah malah suratkhabar harian sebagai satu usaha berterusan dalam mengedar LinEX kepada semua. Saya juga tertanya-tanya adakah ini salah satu punca Sepanyol memenangi Piala Dunia 2010 ???
Dalam sistem pendidikan pula, banyak jabatan kerajaan dunia serta organisasi telah menggunakan Linux sebagai alternatif mudah dan murah sebagai satu alat pembelajaran. Senarai dibawah merupakan organisasi pendidikan yang menggunakan Linux -
Sekolah-sekolah di Indiana, US
Untuk membaca dengan lebih lanjut, anda boleh layari pautan berikut:
http://www.focus.com/fyi/information-technology/50-places-linux-running-you-might-not-expect/

July 20, 2010 at 11:47 am
ada hati memang nak tukar linux… tapi mesti kena ngan dia perfomance kompnya.. nie zaman dinasour nyer….tunggu tukar baru ..hehe
zik recently posted..Imam muda minggu ke 8
July 21, 2010 at 4:13 pm
@zik, bila dah ada baru, yg lama tu boleh guna untuk eksperimen
July 20, 2010 at 2:54 pm
wah banyak juga organisasi besar yg gunakan linux..err kalau dalam negara ada tak? kalau tak silap hari tu ada sorang member di bank rakyat kata dia pun guna linux..tak tahu la betul ke tak
etomyam recently posted..Ramadan Buka Puasa Buffet Promotion Listing
July 21, 2010 at 4:15 pm
@etomyam, saya pun tak pasti organisasi besar kat malaysia ni ada pakai tapi mesin ATM semua guna Windows XP. Itu yg selalu rosak kot
July 20, 2010 at 8:33 pm
memang kemas ar..
tak boleh disangkal kan lagi..
linux betul3 rock!!!
July 21, 2010 at 4:16 pm
@syahrilhafiz, dah jadi peminat linux ni, tak pilih yang lain. hehe
July 21, 2010 at 7:26 pm
@admin, yup..betul3..
rock it..haha
July 21, 2010 at 9:56 am
aku rasa company2 memang harus pakai linux..
Anarm recently posted..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player
July 21, 2010 at 4:17 pm
@Anarm, lebih jimat dan produktif
July 21, 2010 at 4:22 pm
@admin, betol betol betol..
Anarm recently posted..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player
July 21, 2010 at 10:31 am
huhu, alhamdulillah, akhirnya Qamar pun dah jadik pengguna setia linux Mint.
Qamar Munir recently posted..Wajib atau Sunat VS HomeWork
July 21, 2010 at 4:18 pm
@Qamar Munir, baguih tu. linux Mint memang smart dengan kaler tema hijau.
July 21, 2010 at 10:47 am
semalam baca kat akhbar microsoft support ICT pembelajaran sekolah kat malaysia padan la linux sukar nak tembus walaupun ada banyak cara di lakukan… mungkin pasal melibatkan orang atasan… sekadar pendapat
mancai recently posted..rangkaian sosial wakoopa
July 21, 2010 at 2:58 pm
@mancai, yup kalau tak takkan la diorang nak buat ebook terengganu tu guna windows xp yang dah tak support tu. baik guna edubuntu atau olpc (one laptop per child) yang dua dua guna linux based.
TMUkmkd recently posted..Google Font API Di Kemaskini
July 23, 2010 at 3:08 am
@TMUkmkd, ya la kan… aku cadangkan wujudkan koperasi untuk pembangun sumber terbuka ni… banyak kelebihannya..
July 23, 2010 at 8:36 am
@mancai, setujuuu…
July 21, 2010 at 4:21 pm
@mancai, saya pun rasa camtu jugak. ada alternatif murah. mungkin perlu pendedahan yang leibh pada mereka.
July 21, 2010 at 8:58 pm
@mancai, apa yang penting ialah hidup mesti berbuat. kurangkan bicara tingkatkan usaha… insyaAllah akan terlaksana.
Ini antara usaha kecil saya untuk mempromosikan FOSS di Malaysia –> http://penguinmasukkampung.org
July 22, 2010 at 8:33 am
@Shukri Jahari, WOW… bagus tu. Teruskan usaha!
July 22, 2010 at 12:30 pm
@admin, Terima kasih tuan. Sekarang ni kami sedang mengumpulkan sukarelawan dari serata Malaysia untuk menggerakkan agenda ini dengan lebih berkesan lagi. Projek ini diusahakan bersama tuan linuxmalaysia aka Harisfazillah Jamel.
Untuk menghebahkan perkembangan terkini, laman facebook digunakan dan sesiapa yang berminat menyertai usaha ini dijemput untuk melayari laman facebook Penguin Masuk Kampung di:
http://www.facebook.com/group.php?gid=186807303594
Semoga usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar kepada gerakan FOSS di Malaysia, insyaAllah.
July 25, 2010 at 1:31 am
ramai dah guna linux..agensi gomen kat m’sia masih belum byk yg guna linux…
sufian recently posted..Kaitan Processor- Front Side Bus- Clock Speed
July 26, 2010 at 9:40 am
@sufian, yalah kan, takde dengar lagik mana2 agensi yang guna linux kat malaysia…
July 30, 2010 at 10:26 pm
apa benda linux tu ??? Program cam excel ker ???
August 2, 2010 at 8:58 am
@bujang3, bukan, linux ni sistem operasi macam windows
August 1, 2010 at 2:04 pm
rasanya bagus juga kalau organisasi di negara kita, terutamanya sektor awam/kerajaan pun guna linux ni.. mungkin tahap keselamatan dapat ditingkatkan
kulanz recently posted..Statistik Blog Bagi Bulan Julai 2010
August 2, 2010 at 8:58 am
@kulanz, betul tu, kos pun boleh dijimatkan
August 12, 2010 at 12:08 am
banyak kelebihan guna open source..tapi malaysia kurang didedahkan lagi..
sufian recently posted..Cara Menukar CD – DVD Drive Laptop Yang Berbeza Jenama – Jenis
August 12, 2010 at 8:54 am
@sufian, yup, govt pun perlu sokong untuk jimat kos. ramai yg dapat faedahnya
December 9, 2010 at 9:57 am
Hi,
Self Study{RTFM}, explore,testing, bertanya, berkawan dengan g33k, join local linux user group, IRC #mydebian, #mybsd ,#mambang dan sebagainya boleh dijadikan rujukan untuk mereka yang ingin menjinakkan diri dalam dunia Linux dan Unix.
Asalkan minat semua perkara insya’Allah boleh, (dgn IzinNYA).
Good luck g33k!
K
KhaidirStudios recently posted..Calling All Women Entrepreneurs!