Merekod skrin atau screencasting, yang mana membolehkan kita merekod aktiviti yang berlaku dan menghasilkan video dari aplikasi tersebut. Video ini mungkin digunakan sebagai latihan, demo, tutorial atau meningkatkan kemahiran kita. Untuk penggemar Linux, ada beberapa aplikasi percuma yang boleh digunakan untuk merekod skrin anda dan menghasilkan fail video. berikut merupakan beberapa contoh aplikasi yang boleh dicuba untuk tujuan ini.
XVidCap mensasarkan untuk menjadi aplikasi standard, percuma dan berasaskan sumber terbuka sebagai satu alternatif kepada aplikasi komersil seperti Camtasia Studio. XVidCap menggunakan enkod atas talian dengan codec FFmpeg. Ia mampu menangkap pergerakan dalam persekitaran X11 sama ada rangka gambar satu persatu (berbentuk senarai JPEG) atau enkod kepada video. Ia juga mampu merekod audio yang dihasilkan.
Antara ciri lain XVidCap
menyimpan video dalam format mpeg atau avi
sokongan kepada penghasilan VOB, vidoe berasaskan Flash
menangkap pergerakan tetikus
menangkap pemacu grafik OpenGL
menangkap video yang sedang dimainkan
saiz gambar yang boleh ditukar
memilih nilai tangkapan gambar per saat
recordMyDesktop ialah perisian yang dibangunkan khas untuk Linux. Ia bertujuan untuk menjadi mesra pengguna dan pada masa yang sama effektif. recordMyDesktop mampu menangkap data audio/video dari sesi desktop, menghasilkan fail ogg-encapsulated theora-vorbis. Ia mempunyai CLI yang mudah dimana mampu melakukan tugas asas dan juga mempunyai antaramuka yang memaparkan fungsi program secara mudah dan didatangkan dalam dua versi, GTK dan Qt.
Ciri lain recordMyDesktop
enkod secara terus
melumpuhkan pemampatan
kadar penangkapan gambar yang boleh diubahsuai
antaramuka secara terus dengan sistem bunyi ALSA atau OSS atau perisian yang boleh bersambung denga port perakam.
tatacara mudah
Aplikasi recordMyDesktop dalam Ubuntu
Mungkin anda ada menggunakan aplikasi lain selain yang dinyatakan diatas untuk merekod skrin desktop dalam Linux. Kongsikan bersama kami!


July 28, 2010 at 2:27 pm
sempoi n steady
etomyam recently posted..Rezeki Murah Tidak Mengira Usia
July 29, 2010 at 8:38 am
@etomyam, mudah lagik
July 28, 2010 at 8:39 pm
ini yang terasa nak guna linux balik ni..
HidrogeN recently posted..Berita BAIK untuk bakal PELABUR M6 !!!
July 29, 2010 at 8:38 am
@HidrogeN, sila-sila
, tak perlu kuar duit nak guna.
July 29, 2010 at 5:13 am
sebelum ni dah pakai gtk-recordmydesktop n skang ni tgh pasang xvidcap
Qamar Munir recently posted..Siapa lawan kejahatan
July 29, 2010 at 8:40 am
@Qamar Munir, saya lebih suka guna xvidcap
July 29, 2010 at 9:10 am
cun aplikasi linux ni. jeles pon ada. huh T_T
aku share kt wall aku. hahaha. tq
acapz recently posted..Hatebook – Jaringan Sosial Dunia “Kejahatan”
July 29, 2010 at 10:08 am
@acapz, thanks kembali bro
July 29, 2010 at 12:47 pm
perghh sempoi. jelesnya aku.
sedih laptop aku tak bleh pakai ubuntu. dah jadi bangkai
Luth Textile recently posted..AWAS Peniaga Kedai Online! Dah daftar perniagaan ke belum
July 29, 2010 at 2:06 pm
@Luth Textile, ada rezeki lebih nanti sambar yang baru
July 30, 2010 at 10:17 pm
linux??? aku tak pernah guna linux nie…best ker ????
August 2, 2010 at 9:01 am
@bujang3, memang best