Ok, apa GLPI ni?
Secara amnya, GLPI ialah singkatan daripada bahasa Peranchis ”Gestionnaire Libre de Parc Informatique” dan di sini membawa kepada satu perisian sumber terbuka. Perisian ini digunakan sebagai mengurus sumber dan informasi atau kata lainnya pengurusan aset dengan antaramuka mudah.
Apa yang perlu untuk memasang GLPI? Pastikan anda ada senarai aplikasi dibawah ini dalam Ubuntu sebelum memasangnya.
1) Apache Web Server
2) MySQL Server
3) PHP 4 dan ke atas
Cara memasang GLPI cukup mudah, apa yang perlu ialah dengan mengikut arahan dibawah ini
wget https://forge.indepnet.net/attachments/download/1037/glpi-0.80.61.tar.gz
tar -xvzf glpi-0.80.61.tar.gz -C /var/www/
cd /var/www/glpi
sudo chmod 777 config files
*Muat turun ini adalah GLPI versi terkini ketika tutorial ditulis.
Konfigurasi seterusnya adalah menggunakan pelayar web anda. layari http://<server-ubuntu>/glpi, Anda hanya perlu ikuti arahan seterusnya untuk menyiapkan configurasi GLPI.
Jika ada sebarang masalah, atau anda mahu membuat konfigurasi semula, buangkan fail ini :
/var/www/glpi/config/config_db.php
Layari sekali lagi http://<server-ubuntu>/glpi dan skrip pemasangan akan dilancarkan semula.
Selamat Mencuba!

