Edubuntu, juga dikenali sebagai Ubuntu Education Editon, merupakan satu cabang distro sistem operasi Ubuntu yang direka khas untuk kegunaan sekolah serta bilih darjah. Edubuntu dibangunkan dengan kerjasama guru, ahli akademik serta ahli teknologi dari pelbagai negara. Edubuntu dibina berasaskan Ubuntu, diinkorporasi bersama rekabentuk LTSP dan beberapa aplikasi spesifik untuk pembelajaran dan ditujukan kepada pengguna berumur 6 hingga 18 tahun.
Tujuan utama projek Edubuntu ialah membolehkan tenaga pengajar (guru, pendidik, tutor) yang mempunyai pengetahuan agak terhad bagi kemahiran teknikal serta kebolehan komputer untuk menyediakan makmal komputer atau persekitaran pembelajaran secara atas talian dalam masa kurang dari satu jam dan kemudiannya mentadbir sistem tersebut dengan mudah serta berkesan.
Prinsip pembangunan Edubuntu juga menekankan pengurusan dan pentadbiran secara berkelompok, pengguna serta proses, bersama dengan fasiliti untuk bekerjasama dalam sesebuah bilih darjah. Selain itu, Edubuntu juga memahami kepentingan untuk mengumpul semua perisian sumber terbuka yang terbaik dan bahan digital untuk pembelajaran. Ia juga bagi memastikan mereka yang tidak mampu memdapatkan perkakasan terkini dapat memaksimumkan penggunaan perkakasan sedia ada untuk jangka masa yang lebih panjang.
Ada empat kumpulan utama yang menjadi sasaran pakej Edubuntu mengikut peringkat yang telah ditentukan. Anda boleh muat turun dan pasang dari kategori “Education” dalam “Software Center” atau menggunakan pengurus pakej seperti dibawah.
- ubuntu-edu-preschool – Prasekolah ( 5 tahun dan kebawah )
- ubuntu-edu-primary – Primary ( berumur antara 6 hingga 12 tahun)
- ubuntu-edu-secondary – Secondary ( berumur antara 13 hingga 18 tahun)
- ubuntu-edu-tertiary – Tertiary (peringkat universiti )
Dengan Edubuntu, anda mampu mendapatkan aplikasi pendidikan terkini dengan kos yang amat murah serta dapat menyediakan persekitaran pendidikan yang lebih menyeronokkan. Selamat menggunakan Edubuntu!


August 9, 2010 at 12:59 pm
menarik juga edubuntu ni..dapat membantu dalam proses pengajaran..
Thoha recently posted..Ebook Rahsia 8 Mentor Jutawan Malaysia
August 11, 2010 at 8:36 am
@Thoha, yup. betul tu
August 9, 2010 at 6:21 pm
menarik..tp dlm ubuntu ada tak semua software yg ada dlm edubuntu nih???
syahrilhafiz recently posted..Peraduan- Copy & Paste RayaGambarHehecom
August 11, 2010 at 8:37 am
@syahrilhafiz, kena tambah & enable universe repositori. then bolehlah pasang
August 9, 2010 at 6:53 pm
edu buntue… kira aku nie nak masuk yang mana ek?? edu preschool..ek..hee
zik recently posted..Daun Stevia kawal gula dalam darah
August 11, 2010 at 8:38 am
@zik, aku ada gak main game yg edu preschool
. ketagih beb.
August 9, 2010 at 9:33 pm
perghh, aku ingat ada ubuntu aje, rupanya ada jugak edubuntu…memang steady btul
etomyam recently posted..Kemaskini Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri
August 11, 2010 at 8:39 am
@etomyam, ubuntu memang best
August 9, 2010 at 9:38 pm
Ehe..Lom habis explore Ubuntu lagi ni bro
Insya Allah kalau sempat nak cuba juga edubuntu ni sebab nampak macam menarik =)
wazy recently posted..Salam Ramadhan Buat Semua
August 11, 2010 at 8:39 am
@wazy, edubuntu nie ada tambahan aplikasi. memang menarik untuk explore
August 9, 2010 at 10:04 pm
Lama dah dengar pasal edubuntu ni. Tapi tak pernah tau pun beza nya dgn ubuntu . Thanks for the info..
Khidhir recently posted..Cara Tambah Memory Limit Hosting WordPress
August 11, 2010 at 8:40 am
@Khidhir, no problem
August 10, 2010 at 5:11 am
aku gunakan untuk anak aku umur 5 tahun, saja nak dedahkan awak memang banyak membantu…
August 11, 2010 at 8:40 am
@mancai, baguslah
. cepat celik IT gitu..
August 28, 2010 at 12:17 am
memang steady edubuntu. siap ada range umur untuk user.
RozaniGhani recently posted..Projek RG Bulan Ramadhan 2010
August 30, 2010 at 8:27 am
@RozaniGhani, yup, mudah nak tentukan pengguna dia
December 4, 2010 at 5:48 pm
adik yang kecil boleh
belajar guna edubuntu.
Ali ridha recently posted..Hidup Untuk Memberi – Sebulan menangi Acer Aspire One
February 9, 2011 at 9:41 pm
best ni pakai edubuntu, takde masa nak try sekarang ni..
zuls recently posted..Chess and Self Development Series