KDE ialah komuniti perisian antarabangsa yang menghasilkan set aplikasi bersepadu bagi pelbagai platform yang direka agar boleh dilancarkan di dalam Linux, FreeBSD, Windows, Solaris dan Mac OS X. Ia amat dikenali dengan ruang kerja Desktop Plasma, satu persekitaran desktop asas untuk persekitaran kerja bagi banyak edaran Linux seperti openSUSE. Mandriva Linux, Kubuntu, Red Flag Linux dan Pardus. Tujuan utama projek ini ialah menghasilkan fungsi desktop asas dan aplikasi untuk keperluan harian serta perkakas dan dokumentasi kepada pembangun untuk menulis aplikasi mandiri kepada sistem. Oleh itu, projek KDE ini berfungsi sebagai payung untuk banyak aplikasi mandiri serta projek kecil yang berasakan teknologi KDE. Ini termasuk KOffice, KDevelop, Amarok, K3b dan banyak lagi. Perisian KDE adalah berasakan kit perkakasan Qt, walaupun ia menyokong program yang berasaskan GTK, termasuk tema visual berasaskan GTK.
Versi stabil terkini yang telah dilancarkan ialah KDE 4.4.5. Namun, komuniti KDE sedang aktif menbangunkan versi 4.5 yang kini berada pada fasa RC 2. Sepertimana banyak perisian sumber terbuka yang lain, KDE merupakan usaha sukarela walaupun ada organisasi seperti Novell (openSUSE) Nokia dan Mandriva menggajikan pembangun untuk menyumbang kepada projek ini.
Aplikasi utama yang dihasilkan oleh KDE ialah
Amarok – pemain audio
Dolphin – pengurus fail
K3b – mengubah disk optik
Kate / KWrite – teks editor
KDevelop – integrasi persekitaran pembangunan
KOffice – suit pejabat
Konsole – eemulator terminal
Kontact – pengurus maklumat peribadi seperti email, berita, senarai kerja dan banyak lagi.
Konqueror – Pelayar web dan pengurus fail
Kopete – perisian IM
KTorrent – perisian bittorrent



July 21, 2010 at 1:20 pm
dari hemat aku kde sesuai untuk mereka yang mahu nampak macam profesional sebab interface dia menarik dan cleannnn~
tapi entah kenapa aku masih suka gnome
TMUkmkd recently posted..Google Font API Di Kemaskini
July 21, 2010 at 4:24 pm
@TMUkmkd, haha, KDE cukup cantik tapi kalau minat simplistic, memang Gnome juga jadi pilihan
July 21, 2010 at 7:37 pm
fuyoo kemas gak ni..
tapi K3B sy guna dlm Lucid..=)
July 22, 2010 at 8:31 am
@syahrilhafiz, K3B ni multi platform, memang takde problem
July 22, 2010 at 9:18 am
@admin, yup mmg tak de prob
smooth je org cakap..hehe
July 22, 2010 at 11:56 am
yang nie aku tak tahu apa2.senyap jela..hehe
zik recently posted..Pentingnya post schedule dan draft dalam blogging
July 22, 2010 at 12:56 pm
@zik, haha.. takpe2. lama-kelamaan boleh terrer tu.
July 24, 2010 at 7:46 pm
Kopete tu boleh guna kat Gnome ka encik? Aku try pakai pidgin, tak sedap. Sedap kopete juga. Uh..
July 26, 2010 at 9:00 am
@Sophon, yup, memang boleh
.
August 25, 2010 at 4:09 pm
selalu guna gnome je.. tapi kde lagin ringan kot
September 27, 2010 at 10:29 am
@sufian, lebih kurang kot, sebab KDE 4 nih pekerluan grafik dia agak sama dengan GNOME
September 23, 2010 at 10:36 am
hoho.. kde lagi ringan ek? erm nk try gak la.. (tp sy sker lg gnome.. huhu)
adired89 recently posted..Hack the Game!
September 27, 2010 at 10:29 am
@adired89, erm kalau nak betul2 ringan guna XFCE : )
http://sumberterbuka.net/perisian/xfce-untuk-mereka-yang-suka-ringan-ringan/
October 21, 2010 at 8:56 pm
apa perbezaan antara kde dgn gnome?
Wan recently posted..Islam dan Sains – Molekul Air
October 22, 2010 at 10:52 am
@Wan, boleh baca mengenai gnome kat entri http://sumberterbuka.net/sistem-operasi/apa-itu-gnome-dalam-linux/
palin ketara perbezaan ialah grafik dan menu