Apa dia Wubi?
Bagi mereka yang sudah menggunakan Ubuntu, pasti ada mendengar mengenai Wubi, satu perisian untuk memasang Ubuntu pada Windows.Wubi merupakan perisian installer Ubuntu disokong secara rasmi untuk pengguna Windows yang mana Ubuntu boleh dipasang atau dibuang dari Windows sama seperti perisian lain, dengan cara yang mudah serta selamat.
Kelebihan Wubi.
1) Wubi adalah mudah
Tidak perlu burn pada CD. Hanya lancarkan perisian Wubi, masukkan nama dan kata laluan pengguna baru dan klik “Install”. Biarkan ia terpasang dan anda boleh menggunakannya selepas itu.
2) Wubi selamat.
Tidak perlu mengubah apa-apa pada Windows anda. Wubi hanya menambah pilihan tambahan untuk boot ke Ubuntu. Ia berfungsi seperti perisian lain tanpa sebarang malware atau spyware. Sebagi sumber terbuka dan percuma, sesiapa sahaja boleh mengesahkan perkara tersebut.
3) Wubi terasing dari Windows
Wubi menyimpan sebahagian besar file dalam satu folder, dan jika anda tidak suka, anda boleh memadamnya sama seperti aplikasi lain.
4) Wubi adalah percuma
Wubi dan Ubuntu tidak memerlukan kos tetapi memberikan perisian yang mampu berfungsi sepenuhnya tanpa sebarang kod pengaktifan.
Bagaimana untuk memasang Wubi?
Seperti biasa, muat turun perisian Wubi DISINI. Kemudian lancarkan perisian tersebut dengan klik padanya. Pilih nama pengguna dan kata laluan untuk pengguna Ubuntu. Seterusnya klik “Install” dan biarkan ia terpasang. (Pastikan anda ada sambungan internet ketika ini, Wubi akan muat turun Ubuntu secara automatik)
Jika tiada sambungan internet, kita perlu muat turun ISO Ubuntu terlebih dahulu dan meletakkannya bersama perisian Wubi.
Jadi, anda tidak perlu risau jika ingin menggunakan serta menguji Ubuntu di dalam komputer anda. Tidak perlu format, konfigurasi tambahan malah tidak akan merosakkan sistem operasi Windows anda.
Adalah anda ingin mencubanya? Kongsikan pengalaman anda bersama kami.




July 3, 2010 at 6:49 pm
menarik, kalau ada masa nak cuba jugak ni
etomyam recently posted..Preview Filem Melayu- Mantra
July 5, 2010 at 8:34 am
@etomyam, boleh cuba, macam install software je.
July 3, 2010 at 11:41 pm
Salam ceria.
Terima kasih atas tips.
Saya sendiri selama ini masih ragu ttg ubuntu dan tak tahu ttg wubi…
TQ
RasaHatiku recently posted..Renungan
July 5, 2010 at 8:35 am
@RasaHatiku, sama-sama. Cuba dan senang je wubi ni
July 5, 2010 at 8:55 am
sebenarnya aku masih tak pernah guna wubi hahaha
entah kenapa.
TMUkmkd recently posted..Musim Terima Pelajar Baru Di Universiti
July 5, 2010 at 11:31 am
@TMUkmkd, errr… wubi ni tak perlu dlm Linux. cuma untuk pengguna Windows jer..
July 5, 2010 at 9:59 am
dAH LAMA NAK TRY ubuntu ni.
tapi tak try2 gak..
July 5, 2010 at 11:29 am
@ZOOL, guna wubi ni dah bole try, cara pasang memang mudah
July 5, 2010 at 11:24 am
satu jer aku musykil guna wubi ni, leh buang @ uninstall balik ker..? ker kalo tak nak guna kena format jer terus..?
lazaac recently posted..Akhirnya Brazil Tersungkur Yeay-
July 5, 2010 at 1:17 pm
@lazaac, boleh uninstall macam software lain dalam windows. Cuma masuk dalam “Add & Remove” cari wubi
http://wubi-installer.org/faq.php
July 5, 2010 at 5:26 pm
hoho baik terus guna ubuntu….(padahal tak pernah guna lagi)..hehe
pepown thank sharing nih…sedut3…hee
July 6, 2010 at 12:55 pm
@syahrilhafiz, hehe.. ini bagi pengguna Windows test dulu…
July 7, 2010 at 9:24 am
dari segi inovasi, open source mndahului windows dan mac os. tgk la winmo dan ios, xleh lwn android. linux rule.
nice entry..=)
August 2, 2010 at 8:59 am
@Abi Darwish, yup
July 7, 2010 at 4:00 pm
@Abi Darwish, ini sebab ramai wat untuk linux tanpa harap apa2. jadi diorg buat secara ikhlas, wakaka
. itu windows takleh lawan..
July 8, 2010 at 7:34 am
dulu masa install dkt win 7 ada juga guna wubi ni.. wubi memudahkan kerja install… best la guna linux ni..
Paksu-IT recently posted..Cara Melajukan Boot Komputer Anda Dengan Mudah
July 8, 2010 at 4:21 pm
@Paksu-IT, yup memang best..
July 30, 2010 at 10:32 pm
pening…pening….!!! Apa lah yang korang bincangkan kat atas tu !!!!
August 2, 2010 at 9:00 am
@bujang3, takpe2, jangan pening, follow pelan2 nanti bolehlah faham
November 10, 2010 at 6:15 pm
dh try cari wubi ni,,tp x jumpe..bole download kt mne2 lg x??
wubi ni kte bole uninstall bile2 mse??
November 11, 2010 at 11:12 am
@dadidudada,
masa download ubuntu ISO memang dah ada wubi dalam ISO tu.
nanti akan ada Ubuntu dalam “Add and Remove” kat Windows. kalau nak buang cuma perlu uninstall sahaja
November 14, 2010 at 3:19 pm
ubuntu iso cd sye dh ad..tp x pasti version ape..jd install mcm biasa sje??sye takut nt kacau win7 sye..