Salam kepada semua,
Sebelum ini ada diterangkan mengenai Edubuntu dalam entri yang lepas, merupakan satu cabang distro Ubuntu khas untuk pembelajaran. Ada satu lagi sistem operasi berasaskan Linux yang dibangunkan khas untuk pembelajaran kanak-kanak yang diberi nama sebagai Qimo.
Qimo (disebut dengan “kim-oh” seperti eskimo) merupakan perisian desktop yang dibentuk khas untuk kanak-kanak. Sistem operasi ni juga berasaskan Ubuntu Linux yang didatangkan dengan permainan pendidikan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun dan keatas.
Antaramuka grafik Qimo telah direka agar mudah diguna, memberikan ikon yang besar membuatkan pengguna yang kecil tiada masalah untuk memilih aktiviti yang mereka mahukan. Keperluan perkakasan adalah cukup rendah iaitu dengan hanya 256MB RAM, 6 GB Cakera Keras dan CPU pada kepantasan 400Mhz atau lebih.
Qimo agak berbeza berbanding Edubuntu kerana ia direka untuk komputer persendirian berbanding sistem bilik darjah yang memerlukan rangkaian. Ia juga tiada paparn pelbagai tetingkap bagi memudahkan kanak-kanak membuat navigasi tanpa sebarang kekeliruan.




makin menaik kan semangat aku semula..
thank untuk ini…
kerajaan kena ambik intensif tentang ini..huhu
syahrilhafiz recently posted..Sindrom Seorang Blogger
@syahrilhafiz, yup, dapat menjimatkan kos
menarik2… tengah cari satu lagi pc untuk anak aku no 2 ni… nak letak edubuntu
@mancai, bagus2, pendedahan awal lagik
bagus la cmni
kanak-kanak didedahkan dengan sistem operasi linux
nanti dorang akan mahir,dan ini adalah kebaikan untuk negara didalam penerokaan sumber terbuka
wazy recently posted..MV Agusta Sekali Lagi Dijual Satu Euro
@wazy, paling penting ilmu pengetahuan boleh pelajari awal lagi
rupanya banyak sumber yg boleh diperolehi melalui sumber terbuka ni ya
etomyam recently posted..Beginilah Rasanya
@etomyam, banyak cuma kurang marketing kot
yang nie sesuai untuk anak2 kecil.. memudahkan..
zik recently posted..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010
@zik, betul tu
comel
skrg ni aku guna linuxmint
Wan recently posted..Aku Lihat Layu dalam Melayu
@Wan, baguslah, linux mint pun senang nak guna
nice. cntik n comel je os qimo ni. bru thu bro. hee. nice sharing. btw btul ckp bro shahril. patut kerajaan sebar bnda ni untuk kanak2 guna. kn smart skit. dunia IT kate kn
acapz recently posted..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker
@acapz, aku memang sokong kalau kerajaan gunakan Linux neh