Memasang Squid Proxy dalam pfSense

ini menerangkan bagaimana memasang pelayan menggunakan didalam .

Memasang Squid dalam pfSense

  • Klik pada System > Packages
  • Skrol kebawah dan cari pakej bernama “squid”
  • Klik pada butang “+” dan tunggu hingga pemasangan selesai. Selepas itu, pelayan proxy Squid bleh dikonfigurasi

Konfigurasi pakej Squid

Klik pada Services > Proxy Server

Setkan pilihan pada menu tab ‘General Setting” seperti yang dikehendaki.

  • Proxy Interface: Pilih rangkaian mana yang anda mahukan. Kebiasan konfigurasi ialah LAN kearan ia mewakili rangkaian dalaman anda.
  • Allow users on interface: Jika ini dipilih, subnet bagi rangkaian awal tadi akan mempunyai akses secara automatik. Tidak perlu meletakkan pengguna dalam menu tab “Access Control”
  • Transparent proxy: Pilih ini untuk membolehkan pfSense membuat laluan semula bagi trafik http (tcp/80) melalui proxy
  • Enabled logging : Log informasi untuk laporan, pastikan anda meletakkan direktori dalam kotak tersebut
  • Log Store Directory: Biarkan secara lalai tetapi jika anda benar-benar mahukan ia berada dalam direktori lain
  • Proxy port : Port lalai iala 3128. Tidak perlu membuat perubahan.
  • Konfigurasi lain dibiarkan secara lalai untuk membuat ujian dan memastikan pelayan ini berfungsi dengan baik.
  • Klik butang “Save”

Klik pada tab “Cache Managent”

  • Hard disk cache size: Letakkan nilai yang sesuai. Uji dengan saiz yang sepatutnya
  • Hard disk cache location: Biarkan secara lalai.
  • Memory cache size: Konfigurasi ini tidak sepatutnya lebih dari 50% RAM yang tersedia.
  • Minimum object size: Anda boleh biarkan pada 0 untuk memastikan ia boleh cache kesemua trafik kecil.
  • Maximum object size: Objek atau data yang lebih besar dari nilai yang diletakkan disini tidak akan disimpan.
  • Do Not Cache: Senarai nama domain yang tidak akan disimpan Ia juga boleh dibiarkan kosong
  • Klik “Save”

Klik pada menu tab “Access Control”

  • Jika anda ada subnet lain yang perlu melalui proxy ini selain dari subnet LAN tadi, masukkan disini.
  • Klik “Save”

Sekarang anda telahpun membuat konfigurasi pelayan Squid dalam pfSense secara telus. Untuk melihat status pelayan Proxy ini, hanya perlu klik pada Status > Services

Artikel Berkaitan


avatar

About ST

Penggemar linux dan sumber terbuka disebabkan falsafah sumber terbuka sendiri yang menekankan kebebasan. Sentiasa menjadikan PC "crash" sehingga terpaksa format semula......
This entry was posted in Rangkaian, Tutorial and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">

CommentLuv badge