Bertambah ramai yag cukup berminat menggunakan Virtualisasi sebagai salah satu pilihan dalam pemasangan pelayan kerana ia dapat mengurangkan perkakasan yang diperlukan dan juga penyelenggaraan.
Untuk CentOS 6, sistem operasi ini didatangkan dengan KVM bersama sokongan kernel mereka. Pada versi sebelum ini, iaitu Centos 5, Xen menjadi aplikasi virtualisasi lalai tetapi telah bertukar kepada KVM atas beberapa sebab. Entri ini bukan untuk membicangkan mengenai pertukaran itu cuma cara memasang serta pengendalian KVM didalam CentOS 6.
Dalam CentOs 6, ada 4 kumpulan perisian yang perlu dipasang pada untuk membolehkan KVM dilarikan dengan sempurna. Ini dapat dilakukan dengan hanya melarikan arahan dibawah pada terminal anda.
yum groupinstall “Virtualization*”
yum install dejavu-lgc-sans-fonts
Setelah pemasangan selesai, pengguna boleh semak module kernel KVM telah tersedia atau belum dengan
lsmod | grep kvm
Sepatutnya anda boleh melihat paparan kvm_intel atau kvm_amd bergantung pada pemproses yang anda gunakan. Boot pelayan tersebut.
Konfigurasi KVM boleh dilakukan dengan hanya menggunakan CLI, tetai bagi pengguna yang lebih meminati visual anda perlu pasang X11 bersama SSH agar pengguna boleh mendapat paparan grafik jika digabungkan bersama ketika melakukan akses terpencil.
yum install xorg-x11-xauth
Sekarang jika adan ingin membuat sambungan hanya perlu tambahkan arahan -X sahaja pada terminal.
# ssh -X user@pelayan-kvm
# virt-manager
Akses pengguna
Biasanya untuk akses kepada pelayan, pengguna root tidak akan digunakan sebagai langkah keselamatan. Jadi, pengguna biasa perlu diberikan akses untuk menjadi pengurus aplikasi virutalisasi ini. Kita perlu menghasilkan satu fail konfigurasi untuk membuat kawalan tersebut.
vim /etc/polkit-1/localauthority/50-local.d/50-libvirt-remote-access.pkla
Isikan data yang sepatutnya mengikut contoh dibawah ini,
[libvirt Management Access]
Identity=unix-user:username
Action=org.libvirt.unix.manage
ResultAny=yes
ResultInactive=yes
ResultActive=yes
* Jika anda mempunyai ramai pengguna, boleh juga menggunakan nama kumpulan tertentu untuk memberikan akses tersebut. Tukar Identity=unix-user:username dengan Identity=unix-group:groupname
Akhirnya restart daemon untuk melancarkan konfigurasi tersebut
/etc/init.d/libvirtd restart
Membina mesin virtual
Ada pilihan dimana anda boleh menggunakan virt-manager atau CLI. Contoh CLI yang boleh anda lihat adalah seperti dibawah ini
# Dengan pra lokasi
qemu-img create -f qcow2 -o preallocation=metadata Ubuntu-Server.10.04.LTS-Template.qcow2 20G# Tanpa pra lokasi
qemu-img create -f qcow2 Ubuntu-Server.10.04.LTS-Template.qcow2 20G
Sekarang anda boleh pilih imej yang tersedia untuk memasang mesin virtual anda sendiri.
Selamat Mencuba!
