Saya rasa ramai yang mengetahui servis pautan pendek seperti tinyurl.com, bit.ly, url.ie dan banyak lagi servis yang boleh dicari dalam internet. Antara tujuan memendekkan pautan ialah memudahkan kita untuk membuat post, menambahkan SEO domain, malah bagi pengguna tegar Twitter yang mana hanya boleh meletakkankan 140 patah perkataan bagi setiap posting.
Entri ini bukanlah ingin memperkenalkan servis ini tetapi bagi pengguna blog WordPress, anda boleh menghasilkan pautan pendek tersebut dengan satu plugin khas bernama – Pretty Link – mudah dan ringkas.
Dengan menggunakan nama domain anda (pasti nama domain tersebut akan lebih terkenal), pautan pendek boleh dihasilkan tanpa perlu bersusah menggunakan servis yang ada. Secara mudahnya, anda akan memendekkan pautan lain serta pautan entri dengan domain yang ada. Pasti blog anda akan lebih terkenal bukan?
Antara ciri-ciri plugin ini ialah
Memberikan anda kebolehan untuk membina URL mudah pada lama blog yang menghubungkan kepada URl lain.
Membina slugs rawak untuk URL atau meletakkan slug yang sesuai untuk URL tersebut.
Mengesan berapa klik pada pautan tersebut
Menyediakan antaramuka laporan yang boleh dikonfigurasi untuk kiraan klik setiap hari. Laporan ini boleh di tapis mengikut tarikh, klik link dan klik unik
Muat turun maklumat dalam format CSV
Mebolehkan anda meletakkan link pada Twitter secara terus dari panel admin
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai plugin ini, anda boleh layari pautan dibawah
Pautan : http://wordpress.org/extend/plugins/pretty-link/


August 4, 2010 at 11:12 am
owh… yang nie… kira macam tweet meme..
zik recently posted..Qari Mesir- qariah Pakistan Johan Tilawah al-Quran 2010
August 4, 2010 at 3:26 pm
@zik, yup, sebahagian fungsi dia
August 8, 2010 at 8:41 pm
cantik la bro. ni syg lebih ni. nk cuba try plugin ni jgk. hoho
acapz recently posted..Merakam Skrin Anda Dengan Screenr
August 9, 2010 at 8:44 am
@acapz, err.. hehe boleh cuba dulu then share result yerk
October 1, 2010 at 6:23 pm
sebelum aku install plugin ni… aku kena kurangkn plugin2 yang xberguna.. hohoho
Ayie recently posted..Background and templates for blogspot
October 4, 2010 at 8:56 am
@Ayie, hehe.. banyak ker pakai plugins? saya ada gak dlm 30 lebih.. huhu.